fbpx

Resepi Laksa Johor, Dijamin Sedap Dan Ada Sambal Belacan Juga!

iCookAsia

Mesti kadang-kadang teringin nak rasa Laksa Johor? Ramai yang cakap hidangan ini sangat sedap dan lagi lengkap dimakan dengan Sambal Belacan. Dah boleh cuba buat sendiri dah.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Har Ryea perkongsian resipi Laksa Johor ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

2 peket Spagheti (rebus dan tos )

10 hingga 12 ekor ikan Kembung

Untuk Ikan:

Saiz sebesar tapak tangan. Rebus, asingkan isi dan tulang. Blend isi bersama sedikit air rebusan. Tulang pun blend dengan air rebusan serta tapis. Baki air rebusan ketepikan dulu.

Bahan B (Kisar):

10 tangkai lada kering (Agak-agak dan rebuskan)

1 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

Lengkuas (Sebesar ibu jari)

Bahan C:

3 sudu besar Rempah Kari Ikan Babas

2 kotak kecil santan

2-3 sudu besar kerisik

4-5 keping asam keping

Daun kesum

2 batang bunga kantan (Dibelah 4 untuk setiap satu)

Garam dan Ajinomoto

Bahan Lain:

Bawang besar (Dihiris)

Timun (Dihiris gulung)

Kacang panjang (Dihiris)

Taugeh (Buang ekornya dan dibiarkan mentah)

Lobak asin (Cuci sikit dengan air panas)

Daun selasih (Dihiris)

Daun kesum (Dihiris)

Limau nipis (Dibelah dua)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang dikisar bersama rempah kari ikan dan biarkan sehingga naik minyak. Garing sikit.
  2. Masukkan santan, tambah sikit air rebusan tadi. Kacau rata sekejap.
  3. Masukkan isi ikan, tulang-tulang ikan yang di blend dan di tapis serta kacau rata.
  4. Kemudian, masukkan kerisik dan didihkan sekejap.
  5. Masukkan garam, ajinomoto dan asam keping. Kacau.
  6. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Kacau.
  7. Seterusnya, boleh adjust kepekatan kuah laksa johor waktu ini. Kalau rasa pekat sangat, boleh tambah sikit-sikit baki air rebusan.
  8. Akhir sekali, biarkan kuah mendidih dengan api perlahan sampai naik minyak dan bau wangi. Dah siap.

Bahan (Sambal Belacan):

Belacan (Sebesar dua ibu jari)

5-6 biji lada merah

5 biji cili padi hijau

1 sudu kecil pes asam jawa

Ajinomoto (Hujung sudu kecil sahaja)

2 biji limau kasturi (Dibelah dua)

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, bersihkan lada merah, patah-patahkan dan masukkan dalam batu lesung bersama cili padi dan belacan bakar.
  2. Tumbuk dengan hati-hati sehingga hancur. Kalau nak blend pun boleh. Jika nak blend, perahkan terus limau kasturi untuk dapatkan jus nya.
  3. Apabila sudah lumat semua, masukkan pes asam jawa dan ajinomoto. Kacau rata dan siap.

Boleh guna cara ini iaitu masukkan dalam mangkukbersama limau kasturi. Nak perah limau sikit-sikit pun boleh jika nak makan bersama laksa.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Har Ryea(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x