Lempeng ini merupakan satu hidangan yang simple, mudah tapi sangat sedap untuk dihidangkan pada waktu petang dan nikmati bersama keluarga tersayang. Dicicah pula dengan sambal bilis atau kegemaran masing-masing. Memang nikmat rasanya.
Terima kasih Salizawati Salleh untuk perkongsian resipi Resepi Lempeng Kelapa ini 🙂
Bahan- bahan:
1 mangkuk tepung gandum
3/4 mangkuk kelapa parut muda (Terpulang jika nak lebih atau kurangkan)
1 sudu baking powder
Sedikit garam
Gula (Jika suka manis, boleh masukkan)
Cara membuat:
- Mula-mula, campurkan kesemua bahan di atas dan gaul rata.
- Kemudian, masukkan air sedikit-sedikit dan bancuhan akan menjadi sedang-sedang pekat.
- Biarkan adunan selama 10-15 minit.
- Seterusnya, oleskan minyak atas pan atau kuali dan gunakan daun pandan yang diikat dengan api sederhana panas.
- Boleh tuangkan bancuhan tadi dan ratakan.
- Biarkan ia sedikit garing dan terbalikkan.
- Akhir sekali, jika suka garing, boleh biarkan ia lama. Kalau suka tebal, boleh isi banyak bancuhan. Jika suka rangup, boleh nipiskan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Salizawati Salleh(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity