fbpx

Resepi Lempeng Nasi, Nampak Simple Tapi Lembut Dan Sedap

iCookAsia

Nak lagi padu, makan Lempeng dengan sambal, confirm tak cukup satu. Apatah lagi jika lempeng tersebut sangat lembut untuk dimakan. Bertambah nikmat rasanya. Nak buat pun mudah sahaja.

Terima kasih Zura Zul untuk perkongsian resipi Resepi Lempeng Nasi ini 🙂

Bahan- bahan:
2 cawan nasi
1 1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 ketul kiub pati ayam atau kiub pati ikan bilis
Sedikit garam

Cara membuat:

  1. Mula-mula, kisarkan nasi dengan 1 cawan air hingga hancur halus.
  2. Tambah 2 cawan air ke dalam pengisar tadi.
  3. Kemudian, masukkan tepung, kiub pati ayam atau ikan bilis dan sedikit garam. Kisar dan bagi ia sebati, kalau rasa kurang pekat adunan, boleh tambah sedikit lagi tepung.
  4. Panaskan kuali non stick dan sapu sedikit minyak. Tuang sesenduk adunan dan biar masak seketika hingga bahagian bawah agak garing kekuningan.
  5. Akhir sekali, terbalikkan dan tunggu sampai masak. Angkat dan ulang sehingga habis adunan. Sedia untuk dihidang dan sedap dicicah dengan kuah kari, sambal sardin atau sambal ikan bilis.

Tips: Setiap kali nak tuang adunan tersebut, sapu juga sedikit minyak dalam kuali untuk dapatkan lempeng yang menarik.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zura Zul(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x