Asam boi memang sangat sedap dengan rasa masam manis yang mampu buat kita semua asyik rasa nak makan je. Ada sesetengah orang suka makan begitu sahaja dan ada yang tidak.
Jangan risau, resipi kali ini, Admin nak share cara untuk buat Limau Kasturi Asam Boi dan anda pun boleh buat minum juga tau. Cuma tinggal tambah ais sahaja. Jom kita try.
Terima kasih Juridah Jamal untuk perkongsian resipi Limau Kasturi Asam Boi ini 🙂
Bahan-Bahan:
Garam halus
Gula biasa
Gula perang
Asam boi
Cara penyediaan:
- Mula-mula, masukkan ke dalam bekas.
- Campur garam halus dan ramas-ramas manja sahaja sehingga kulit limau licin dan lembut dalam 30 minit. Selepas itu, basuh bersih-bersih.
- Kemudian, masak air gula.
- Gunakan gula perang dan gula biasa. Agak-agak sahaja airnya dan jangan terlalu cair sangat.
- Potong hujung limau dan buat bentuk x.
- Selepas itu, letak dalam bekas dan letak asam boi.
- Tunggu air gula sudah suam, baru tuangkan ke dalam bekas yang dah ada limau. Boleh guna balang kaca. Tunggu sejuk baru tutup.
Senang kan? Boleh letak di luar atau dalam peti ais.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Juridah Jamal(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos