Apa-apa lauk yang berasaskan masak asam ni memang sedap, apatah lagi kalau di jamu sekali dengan nasi panas. Admin pun ikut terliur sekali ni. Resepi ni sangat mudah dan yang penting, confirm ramai yang suka, tak kira umur la orang kata. Mesti ramai tak sabar kan nak cuba.
Jom cuba!
Terima kasih Cahaya Indah untuk perkongsian resipi Masak Asak Talang Kering ini 🙂
Bahan-Bahan:
Ikan Talang Kering
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
20 biji cili padi
Cara penyediaan:
- Potong kecil ikan talang kering dan rendamkan ia sekejap bagi mengurangkan kemasinan ikan tersebut.
- Seterusnya, cuci ikan talang tersebut sehingga bersih. Kemudian, gorengkan ikan sekejap dengan minyak yang sedikit sahaja.
- Potong bawang merah, bawang putih dan cili padi. Selepas itu, tumiskan bawang sahaja dalam lebihan minyak ikan tadi.
- Apabila tumisan tadi sudah agak garing, masukkan air asam jawa serta cili padi bersama ikan talang yang sudah digoreng sebentar tadi. Tidak perlu letak garam kerana ikan tersebut sudah masin,
- Biarkan ia mendidih buat seketika.
- Siap untuk dihidang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Cahaya Indah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos