Setiap kali nak memasak, mesti selalu terfikir nak masak lauk apa hari ini. Inginkan lauk yang ringkas tapi sedap. Apa kata and cuba resepi Masak Lemak Telur Pecah ini. Cara nak buat pun sangat mudah, yang penting berselera makan. Ada sambal belacan pun best juga ni.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Ida Akmal Idameor perkongsian resipi Masak Lemak Telur Pecah ini 🙂
Bahan-bahan:
Telur Ayam atau Telur itik
Santan 1 kotak (Boleh guna KARA)
Bawang merah (dikisar)
Cili Api (dikisar)
Kunyit (dikisar)
1 batang serai (diketuk)
Perasa (Garam atau ajinomoto)
(Kuantiti bahan mengikut cita rasa sendiri)
Cara Membuat:
- Mula-mula, masukkan bahan kisar, serai dan santan ke dalam kuali. Boleh guna kuali supaya mudah kacau.
- Masak sehingga kuah mendidih dan kacau perlahan lahan.
- Kemudian, pecahkan telur dalam piring baru masukkan sebiji biji ke dalam kuah yang mendidih tadi.
- Seterusnya, kacau perlahan-lahan dan masukkan garam serta perasa. Kacau supaya tidak pecah minyak.
- Apabila telur sudah keras boleh tutup api dan siap untuk dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ida Akmal Idameor(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity