Hidangan Ikan Siakap ni paling popular dipesan pada waktu malam di restoran Thai terutamanya. Tetapi memandangkan musim PKP ini, restoran pun beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 8 malam sahaja. Makan malam bersama keluarga pun sudah pasti selepas pukul 8 kan?
Jadinya, memasak sendiri sahaja lah cara paling mudah. Jom Admin kongsikan resepi Siakap Stim yang anda hanya perlu campak-campak sahaja bahan. Dah sedap. Yang penting, ikut step-by-step lah, baru jadi!
Terima kasih Bahiah Saripuddin untuk perkongsian resipi Siakap Stim ini 🙂
Bahan-bahan:
1 ekor Ikan siakap sederhana besar
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos ikan
6 ulas bawang putih dicincang
2 inci halia dipotong halus
1/2 biji bawang holland dipotong dadu
1 biji tomato dipotong dadu
1 batang serai dipotong nipis
4-5 biji cili padi dipotong halus
2 biji limau nipis
Sedikit daun ketumbar
Garam dan gula secukup rasa
Cara penyediaan:
1. Lumurkan garam dan gula pada ikan, kemudian letakkan sos tiram. Sapu sebati bagi semua tempat kena termasuk kat dalam perut dia.
2. Campakkan semua bahan-bahan lain. Perah asam limau dan curahkan sos ikan.
3. Sedia untuk direbus selama 30 minit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Bahiah Saripuddin (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos