fbpx

Resepi Mee Bandung, Simple Sahaja Tapi Confirm Sedap!

iCookAsia

Kalau dapat suap Mee Bandung dengan musim hujan sekarang ni memang best betul kan. Dengan rasa kuahnya yang fresh sahaja, hirup macam tu sahaja pun sedap. Mesti ramai rindu nak makan kan? Boleh cuba resepi Mee Bandung ini. Sangat simple tapi penuh dengan kelazatan.

Jom kita try.

Terima kasih untuk SuiSan Aliezsha perkongsian resipi Mee Bandung ini 🙂

Bahan-bahan:

Cili kering, bawang besar dan bawang putih (blend)

Kacang tanah (goreng dan blend)

Udang kering (blend)

Daging direbus (air rebusan asingkan)

Udang basah

Telur

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, tumis cili sehingga naik minyak.
  2. Masukkan udang kering dan kacang.
  3. Masukkan air rebusan daging dan kacau sebati.
  4. Biarkan ia mendidih dan pastikan garam, gula secukup rasa.
  5. Kemudian, masukkan udang dan biarkan seketika.
  6. Akhir sekali, masukkan daging, pecahkan telur dan masukkan sayur. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: SuiSan Aliezsha(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x