fbpx

Resepi Mee Goreng Basah Seafood Dan Tauhu Hancur. Memang Terliur Tengok Ni!

iCookAsia

Kalau dapat makan Mee Goreng Basah untuk dinner mesti sedap kan? Kalau teringin nak makan lepas ini, tak perlu rungsing dah. Boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh pengguna Facebook ini. Cukup dengan rasa pedas dan manis.

Memang sebati la rasa nya. Jom kita try.

Terima kasih untuk Nurul Ateekah perkongsian resipi Mee Goreng Basah ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

500 g mee kuning

15 ekor udang saiz sederhana

2 ekor Sotong saiz besar

Taugeh (agak-agak)

Sawi (agak-agak)

Tauhu atau Taukua (1 ketul besar dihancurkan)

1 biji Tomato (dibelah 6)

7 sudu besar kicap manis

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos tomato

Minyak masak

Serbuk perisa knorr (jika perlu)

Bahan B (Dikisar):

1/2 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

5 batang cili kering ( Direndam air panas dan toskan)

1 sudu besar Ikan bilis

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak masak secukupnya.
  2. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga kering dan pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan sotong, udang dan masak seketika.
  4. Masukkan kicap manis, sos cili, sos tiram, sos tomato dan tauhu yang telah dihancurkan.
  5. Akhir sekali, masukkan mee, taugeh, sawi dan tomato. Gaul sebati dan secukup rasa.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Ateekah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x