fbpx

Resepi Mee Goreng Mamak. Rasa Nak Dekat Sama Dah Macam Di Kedai.

iCookAsia

Ada yang teringin nak makan di kedai mamak dan nikmati Mee Goreng Mamak. Disebabkan musim pandemik sekarang ini, apa kata kita ubat rindu dengan cuba memasak hidangan kegemaran ramai ini. Ikut je resepi daripada seorang pengguna Facebook ini, mesti rasa setanding Kedai. 

Terima kasih Nurul Jannah untuk perkongsian resipi Mee Goreng Mamak ini 🙂

Bahan-bahan:

5-7 sudu besar cili kisar (ikut tahap pedas yang kita nak)

4 ulas bawang putih (kisar)

1 biji bawang besar (kisar)

4 biji telur

Fishball

4 ketul dada ayam (dipotong dadu)

2 bungkus mee telur (gardenia)

Sos cili

Sos tomato

Sos tiram

Kicap manis pedas (rujuk video)

Kicap manis

Cara memasak:

  1. Goreng dada ayam dan fishball. Apabila sudah keperangan, angkat dan toskan.
  2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan warna lada bertukar gelap (rujuk video).
  3. Pecahkan 4 biji telur. Biarkan sekejap dan perlahan-lahan gaulkan hingga sebati.
  4. Masukkan mee, kicap manis, kicap pedas, sos cili, sos tomato (semua sos ni agak agak sahaja, ikut banyak mana mee. Dalam 3 atau 4 sudu besar sudah memadai).
  5. Masukkan dada ayam dan fishball yang telah digoreng. Gaul sebati. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Jannah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x