Menu Mee Goreng ini paling simple, senang dan sedap bila dibuat untuk sarapan pagi. Lagi sedap bila letak bahan-bahan sampingan seperti udang, ayam, sayuran dan banyak lagi. Memang tak cukup weh satu pinggan!
Jom try.
Terima kasih Farahwahidah Aziz untuk perkongsian resipi Resepi Mee Goreng ini 🙂
Bahan- bahan:
2 bungkus mee kuning (basuh)
Sedikit daging (Nak letak udang, ayam atau sotong juga)
2 biji bawang besar (Kisar)
5 ulas bawang putih (Kisar)
6 biji cili kering (Kisar)
Kicap manisÂ
Kicap pekat (Optional)
Sos tiram
Sos ikan sedikit
Sos cili
Sos tomato
2 biji telur
Sawi
Tomato
Cara membuat:
- Mula-mula, tumis bahan yang dikisar sampai naik minyak.Â
- Kemudian, masukkan daging masak sampai empuk lembut.Â
- Masukkan segala jenis sos dan kicap. Masak kejap. Pecah telur dan kacau-kacau.
- Masukkan mee. Kacau ia dan masukkan air sikit-sikit mengikut nak basah biasa atau nak basah banjir. Â
- Seterusnya, letak perasa dan garam ikut suka. Jangan terlalu banyak sebab segala sos tadi sudah cukup masin. Tak letak garam pun tak apa.Â
- Kacau lagi ikut sesedap rasa, jangan kacau terlalu lama nanti mee akan kembang dan jadi tidak sedap.Â
- Akhir sekali, letak sawi dan tomato. Kacau-kacau sekejap dan siap untuk dihidang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Farahwahidah Aziz(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity