fbpx

Resepi Mee Hailam Yang Mudah. Buat Kuah Pekat Likat, Baru Rasa Ada ‘Kick’!

iCookAsia

Kadang-kadang tekak jadi tiada selera nak makan nasi. Nak Mee, nak makanan yang berkuah. Apa kata, anda cuba masak Mee Hailam. Asyik Mi Sup, bosan juga. Masak lain daripada yang lain, baru dapat naikkan selera sendiri dan keluarga di rumah. 

Terima kasih Cik Puan Yaya untuk perkongsian resipi Mi Hailam ini 🙂

Bahan-bahan:

1/2 bungkus Mi/ Mee (yang telah dicelur)

200 gram daging (dihiris dan direbus)

500ml air rebusan daging

 

(Bahan A)

1 1/2 cili kisar

1 biji bawang merah dikisar

4 biji bawang putih dikisar

 

(Bahan B)

2 biji bawang putih ditumbuk 

1/2 biji bawang ditumbuk 

 

Sawi (kuantiti ikut suka)

8 ekor udang (bahan extra)

1 sudu lada hitam (ditumbuk)

2 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air suam)

2 sudu cili sos

1 sudu kicap mee

1 sudu kicap masin

1 sudu sos tiram

Kicap lemak manis (adjust rasa kot citarasa anda)

Cara memasak:

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk (tumis bahan B)
  2. Masukkan cili, bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar (bahan A)
  3. Masukkan cili sos, sos tiram, kicap masin, kicap mee.
  4. Masukkan  daging yang telah siap direbus.
  5. Masukkan air rebusan daging mengikut kuantiti kuah yang anda inginkan.
  6. Biar daging mesra dengan kuah dan biarkan seketika.
  7. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh.
  8. Masukkan kicap lemak manis dan adjust rasa.
  9. Perasakan sedikit lada hitam.
  10. Masukkan sayur.
  11. Masukan mi yang telah siap dicelur.
  12. Adjust semua rasa dan tutup api untuk sedia dihidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Cik Puan Yaya (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x