fbpx

Resepi Membuka Selera, Ini Dia Udang Masak Lemak Cili Api

iCookAsia

Apa-apa sahaja hidangan yang ada udang ataupun seafood, memang sangat sedap. Apatah lagi, Masak Lemak Cili Api memang terkenal dengan rasa lemak nya yang cukup membuatkan tak cukup makan nasi satu pinggan je.  

Apa lagi? Jom kita try resepi ni.

Terima kasih Suzilawati Alias untuk perkongsian resipi Udang Masak Lemak Cili Api ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A:

Bawang merah

Bawang putih

Cili api

Kunyit hidup

Bahan B:

Santan

Asam keping

Daun kunyit

Serai

Garam

Gula

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, kisarkan kesemua bahan-bahan A di atas. Kalau nak tumbuk pun boleh.
  2. Seterusnya, campurkan kesemua bahan ke dalam periuk.
  3. Masak sehingga mendidih. Pastikan sentiasa kacau supaya tidak berketul.
  4. Kemudian, masukkan udang.
  5. Akhir sekali, kacau sekejap dan apabila dan agak udang dah masak, boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Suzilawati Alias(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x