fbpx

Resepi Mudah Ayam Kicap Dengan Sambal, Makan Dengan Nasi Panas. Sedapnya!

iCookAsia

Mesti favourite ramai kan hidangan Ayam Kicap ni. Dengan kepekatan kuah nya, bertambah sedap nak makan. Apatah lagi, kombinasi Ayam Kicap dengan Sambal, makan pula dengan nasi panas, lagi mantap. Pekena pula dengan sambal yang pedas, perfect orang kata.

Mesti tak sabar nak cuba kan. Jom. 

Terima kasih Mona Jaafar untuk perkongsian resipi Ayam Kicap ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A:

1 ekor ayam (potong ikut saiz yang dikehendaki)

2-3 biji kentang dibelah empat (optional)

Kicap (Boleh guna dua jenis iaitu kipas udang dan ABC warna merah)

1 sudu besar paste asam jawa Adabi

10-12 pelepah daun kari

Sedikit secukup rasa Maggi (untuk bangkitkan lagi rasa)

Bahan B (Untuk Dikisar):

3-4 labu besar bawang merah (Lagi banyak lagi okay untuk kuah yang pekat)

6 ulas bawang putih

2 1/2 inci halia

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, gaul ayam dan kentang dengan garam dan kunyit dalam dua bekas yang berasingan . Goreng dan ketepikan.
  2. Kemudian, kisarkan kesemuan bahan B dan tumis sehingga naik bau dan masukkan daun kari.
  3. Apabila sudah naik bau, masukkan dua-dua jenis kicap tersebut ikut nak warna gelap macam mana. Kalau terlalu pekat, boleh masukkan sedikit air dan jangan lupa letak paste asam jawa. Perasakan dengan secukup rasa dan boleh adjust nak rasa macam mana.
  4. Tutup api dan masukkan ayam dan kentang.
  5. Gaul sebati. Tujuan tutup api baru masuk ayam supaya dapat kekalkan kegaringan ayam itu.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mona Jaafar(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x