Mesti ramai yang rindu nak makan Bubur Lambuk kan? Kebiasaannya hidangan ini dijumpai pada bulan Ramadhan. Ramai yang mengagihkan kepada orang-orang kampung. Kalau dapat makan ini untuk berbuka puasa, memang nikmat rasanya.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Kak Yong Asmahan perkongsian resipi Bubur Lambuk ini 🙂
Bahan-bahan:
2 mug beras (Rendam selama 20 minit)
1/2 kg daging (Campur yang berlemak)
1 bungkus kecil rempah sup
250 ml santan
2 sudu besar lada hitam
3 biji bawang merah
8 ulas bawang putih
Halia (2 bersaiz sebesar jari)
Kentang
Lobak merah
Daun sup
Bawang goreng
Cara membuat:
- Mula-mula, blend bawang-bawang dan halia. Tumis sehingga bawang agak garing.
- Masukkan rempah sup dan tumis sehingga rempah masak.
- Masukkan daging, gaul sebati dan masukkan beras.
- Kemudian, goreng beras seketika dan masukkan air.
- Rebus beras sehingga nampak lembut. Masukkan santan dan garam.
- Pastikan lada hitam serbuk dimasukkan juga.
- Masukkan kentang dan lobak merah.
- Apabila sayur sudah lembut, taburkan daun sup dan bawang goreng.
- Akhir sekali, sesuaikan rasanya. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Kak Yong Asmahan(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity