Kalau tak tahu nak buat apa untuk minum petang, boleh lah cuba resepi Cekodok Pisang ini. Sangat mudah cara nak membuatnya tapi perfect untuk hidangan petang. Dengan rasa yang crunchy tapi gebu di dalam, lagi nikmat nak makan tau.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Faizah Abdul Rashid perkongsian resipi Cekodok Pisang ini 🙂
Bahan-bahan:
5 biji pisang saiz besar (kalau pisang saiz kecil boleh guna 8-10 biji)
2 sudu besar marjerin
5 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam
2 cawan tepung gandum
Cara membuat:
- Mula-mula, satukan kesemua bahan kecuali tepung gandum dan lenyek hingga sebati.
- Apabila sudah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi sehingga sebati bersama adunan pisang tadi.
- Rehatkan adunan selama 10 hingga 15 minit.
- Akhir sekali, panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak. Boleh dihidangkan.Â
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Faizah Abdul Rashid(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity