Nak beli kadang malas keluar, dan kalau buat sendiri, lagi berbaloi dan puas hati. Dapat makan banyak pula tu. Lagi syok. Makan sambil tengok drama korea. Jom buat banyak-banyak, nak makan dengan nasi pun boleh.
Boleh tengok video di bawah untuk tengok dengan lebih lanjut di YouTube iCookAsia.
Bahan- bahan:
Bahan A:
Kepak ayam
Tepung ubi
Minyak Masak
Bahan B (Untuk Sos):
3 ulas bawang putih
3 sudu cili giling
2 sudu sos tomato
1 sudu kicap
2 1/2 sudu madu
1 sudu cuka
Cara membuat:
- Mula-mula, salutkan ayam yang sudah dibersihkan dengan tepung ubi dan goreng dalam lingkungan 12 hingga 15 minit dan toskan ayam tersebut.
- Kemudian, masukkan kesemua bahan sos ke dalam kuali dan kacau.
- Masukkan ayam yang digoreng dan kacau sehingga rata.
- Akhir sekali, keluarkan ayam tersebut dan sedia untuk dihidang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: iCookAsia(YouTube)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity