Kalau ada hidangan Ikan Siakap Tiga Rasa memang lengkap rasa dia. Disajikan pula dengan nasi panas dan Kailan Ikan Masin, tak cukup satu pinggan. Bukan itu sahaja, dengan kuahnya yang cukup rasa pedas, masam dan manis, memang boleh buat terliur.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Maisara Nasir perkongsian resipi Ikan Siakap Tiga Rasa ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
Ikan siakap (Dilumur garam, kunyit dan tepung jagung)
Bahan B (Untuk Tumis):
1 biji bawang besar atau Holland (hiris dadu)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
1 inci halia (ketuk)
Setengah batang serai (hiris halus)
Bahan C (Untuk Sos):
2 senduk kecil cili kering kisar
3 sudu sos cili thai
3 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu sos ikan
1 sudu sos tiram
Bahan Tambahan:
Lobak merah (potong dadu)
Nenas (potong dadu)
1 biji tomato (potong dadu)
5-10 biji cili padi (potong halus)
1 biji cili merah besar (potong halus atau dadu)
Sedikit air (untuk kuah)
1 kiub pati ayam
Secukup rasa Maggi
Daun ketumbar (hiris halus)
Daun limau purut (hiris halus dan buang tulang)
Daun salad
Cara membuat:
- Mula-mula, goreng ikan sehingga garing dan ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis bahan hiris sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan semua jenis sos, masak sehingga mendidih
- Kemudian, tambah sedikit air, masukkan pula kiub pati ayam dan secukup rasa Maggi. Kacau-kacau sehingga sebati baru masukkan sayur, nenas yang dipotong dadu tadi.
- Akhir sekali, taburkan daun limau purut dan daun ketumbar. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Maisara Nasir(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity