Pernah dengar tak mengenai Kuih Serabai? Ramai orang cakap sedap tau, apatah lagi dimakan dengan Kuah Durian. Memang nikmat betul kalau dapat makan ni. Kalau nak makan dengan sambal bilis atau kari pun boleh tau.
Jom kita buat!
Terima kasih Zaty Hashim untuk perkongsian resipi Kuih Serabai ini 🙂
Bahan-Bahan:
4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
4 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam halus
1 sudu besar yis segera
4 cawan air
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, satukan kesemua dan peram sehingga naik sekali ganda dan berbuih.
- Kemudian, siap untuk dibakar.
- Sapukan minyak dan pastikan pan betul-betul panas sebelum diletakkan adunan. 1 adunan boleh dapat sebanyak 88 keping.
Bahan (Untuk Kuah Durian):
1 kg isi durian frozen
1 mangkuk santan pekat
1/2 mangkuk gula merah basah
1/4 mangkuk gula pasir
Garam secukup rasa
5 sudu besar tepung gandum ditambah dengan air
Daun pandan
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, satukan dan reneh sehingga masak.
- Dah boleh hidang bersama kuih serabai tadi.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zaty Hashim(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos