Hidangan roti jala ini bermulanya menjadi popular pada bulan Ramadan yang dijual di Bazar. Digandingkan pula dengan Kari Ayam, memang betul-betul mengancam! Tetapi, ada juga yang gemar dicicah bersama Serawa Durian. Penggemar durian mestilah suka kan?
Di musim pandemik ini, apa kata kita ambil langkah selamat untuk kurangkan berada di tempat himpunan ramai dengan membuat Roti Jala sendiri di rumah. Kari Ayam boleh masak? Haa, jom belajar buat Roti Jala pula!
Terima kasih Yana Jais untuk perkongsian resipi Roti Jala ini 🙂
8
Bahan-bahan:
3 cawan Tepung Gandum
1 biji telur
3 Cawan Air
1 sudu Minyak Masak
1 sudu kecil garam
2-3 titik pewarna kuning
1 sudu Marjerin
Caranya: Kisar sahaja semua bahan. Biarkan dalam 10minit. Selepas itu, jala menjala atas kuali.Â
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Yana Jais (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/