fbpx

Resepi Mudah Nasi Goreng Kampung. Fuh Memang Tak Cukup Satu Pinggan!

iCookAsia

Kalau anda nak tau, Nasi Goreng Kampung ni kegemaran ramai orang sepanjang masa termasuk Admin sekali hehe. Bila makan je, terasa kerangupan ikan bilis itu. Memang sangat sedap dan cara buat pun senang sahaja.

Jom kita try.

Terima kasih Umi Watie  untuk perkongsian resipi Nasi Goreng Kampung ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

Nasi

Ikan bilis (pilih yang kecil-kecil)

Belacan

1/2 cawan isi ayam

2 biji telur

Garam

Kangkung

Bahan B (Untuk Tumis):

1 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

5 batang cili api

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, gorengkan ikan bilis.
  2. Kemudian, baki minyak tadi kita tumiskan 1 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 5 batang cili api. Kalau anda mahu  cincang menggunakan chopper pun boleh. Selepas itu, letak belacan sebesar separuh bola pingpong.
  3. Letakkan ½ cawan isi ayam. Kalau nak letak udang atau sotong pun boleh sahaja.
  4. Apabila semua bahan sudah sebati elok, masukkan telur ayam.
  5. Perasakan dengan garam.
  6. Masukkan nasi sejuk 4 cawan. Leraikan dulu nasi tersebut supaya tidak melekat. Kalau boleh guna nasi semalam yang tidak habis.
  7. Seterusnya, masukkan kangkung. Gaulkan sebati dan matikan api.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Umi Watie(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x