fbpx

Resepi Mudah Pulut Kukus Bunga Telang. Makan Dengan Serunding Ikan, Memang Sedap!

iCookAsia

Dah bosan makan nasi putih biasa? Jom Admin kongsikan resepi mudah Pulut Kukus. Manalah tahu nak tukar selera kan, boleh ganti nasi dengan Pulut sekejap untuk hidangan hari ini. 

Seperti seorang pengguna Facebook ini, beliau menambah sedikit bunga Telang untuk memberi warna yang menarik. Dihidang pula dengan Serunding Ikan. Memang sedap dan menyelerakan. Jom cuba!

Terima kasih Zainoor Aliza Ali untuk perkongsian resipi Pulut Kukus Bunga Telang ini 🙂

Bahan-bahan:

3 1/2 cawan air

4 1/2 cawan beras pulut

3 sudu besar minyak masak

2 sudu kecil garam

1 helai daun pandan

Cara membuat:

  1. Basuh beras pulut dan toskan. Kemudian, masukkan beras pulut ke dalam loyang dan masukkan bahan-bahan lain juga. Kacau rata dan biarkan terendam selama 1/2 jam.
  2. Apabila air mendidih, kukus pulut hingga masak (sekitar 40-50 minit).
  3. Apabila dah masak, taburkan bunga telang dan kacau pulut. Biarkan seketika dan tutupkan api dapur.

*paras air dalam loyang melebihi sedikit sahaja dari paras pulut.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x