fbpx

Resepi Mudah Sotong Sumbat Telur. Confirm Buat Anda Lapar Terliur!

iCookAsia

Siapa suka hidangan Sotong Sumbat? Biasa kita dapatkan di restoran Thai atau di mana-mana restoran Seafood ini. Tapi sebenarnya sangat mudah tau nak buat. 

Memang ramai dah cuba dan sangat lah sedap. Lebih sedap kalau makan sambil nikmati pemandangan laut atau pantai kan? Heehe… jom buat!

Terima kasih Mira Khan untuk perkongsian resipi Sotong Sumbat Telur ini 🙂

Bahan-bahan:

6 ekor Sotong saiz medium

1 bawang merah saiz medium – potong dadu kecil 

*4 telur gred A

*3 ekor Udang XL (untuk bertambah sedap, tak ada pun tak apa) – dipotong kecil

*Daun ketumbar (Jangan banyak sangat. Nanti menyengat rasanya) – cincang halus

*Carrot (suka hati nak letak banyak mana) – cincang halus

Maggi cukup rasa

Pencungkil gigi/lidi

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua yang bertanda (*) dan kacau sebati. 
  2. Selepas itu, panaskan minyak sikit dan goreng bawang merah sampai garing sikit.
  3. Masukkan adunan telur tadi dan masak seperti telur hancur. Kemudian, masukkan garam dan gula kalau yang tak guna MSG. Boleh guna Maggi cukup rasa.
  4. Sumbat telur ke dalam sotong. Sumbat biar sotong jadi gemuk buncit semuanya. 
  5. Ambil kepala sotong dan letak kat tempat asal dia. Cocok sotong dengan lidi ke pencungkil gigi ke, dekat tempat kepala sotong supaya tak terkeluar telur.
  6. Apabila sudah siap sumbat telur, kelar manja sikit sotong tu supaya sotong tak mengecut sangat.
  7. Nak masak sotong tu, atas kesenangan anda. Boleh bakar atas arang, masak atas kuali ataupun guna Air Fryer. Masak sehingga sotong masak sahaja, jangan lama sangat. Nanti sotong jadi kering. Tak sedap nak makan.

Bahan untuk Sos Thai Serbaguna:

Bawang putih (cincang halus)

Cili padi merah (dipotong kecil)

Daun ketumbar

Sos ikan

Gula

Air limau nipis

*Campurkan kesemua bahan.

*Anda agak-agak je la yang sos tu. Kalau tak pandai agak-agak, beritahu tau. Nanti saya try buat sukatan untuk sos.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mira Khan (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x