Setiap kali cuti sekolah, ibu ayah mesti pening nak buat apa dengan anak-anak kan? Apa kata jadikan aktiviti baking untuk isi masa lapang? Mesti mereka suka dapat buat dan makan muffin ini banyak-banyak.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Siti Norizan perkongsian resipi Muffin Coklat ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang (Kalau tak guna, boleh guna 3/4 gula pasir)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
(satukan kesemua bahan, ayak dan ketepikan dahulu)
Bahan B:
3 biji telur
1/4 cawan susu pekat (nak manis letak 1/2 cawan)
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
Bahan C:
Cup muffin secukupnya
1 cawan minyak
Cara membuat:
- Mula-mula, pukul telur bagi kembang sikit.
- Kemudian, masukkan susu pekat, susu cair ditambah minyak. Pukul sekejap.
- Masukkan kesemua bahan yang diayak. Pukul sekejap bagi sebati.
- Seterusnya, masukkan 3/4 adunan ke dalam cup muffin.
- Taburkan choc chip.
- Akhir sekali, bakar selama 25 minit dengan suhu 180c.
Nota tambahan:
- Kalau nak guna blender pun boleh.
- Jika nak kukus pun boleh, tapi kalau nak kukus, guna paper cup sahaja, lagi comel dan cover dengan acuan lompang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Siti Norizan(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity