Bahan:
1. Kulit popia.
2. Daging Cincang.
3. Telur.
4. Serbuk Kari.
5. Kentang.
6. Bawang Besar.
7. Bawang putih.
8. Daun sup.
9. Garam.
10. Penambah perasa.
11. Minyak.
12. Air
Cara:
1. Goreng bawang putih dan bawang besar masak sehingga garing.
2. Masukkan air ke dalam sebuk kari dan gaul sehingga sebati, kemudian masukkan ke dalam kuali. 3. Masukkan kentang dan gaul, kemudian masukkan daging cincang dan kacau sehinga masak.
4. Masukkan garam, penambah perasa dan daun sup, dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan 3 biji telur yang dikacau sehingga masak. Keluarkan bahan tersebut di dalam mangkuk. 5. Masukkan bahan inti murtabak ke kulit popia dan balut.
6. Goreng bahan tersebut sehingga kuning keemasan.