fbpx

Resepi Nanas Laici Sparkling, Minuman Fizzy & Menyegarkan, Sesuai Untuk Berbuka dan Hari Raya😍

iCookAsia

Resipi yang kami nak kongsikan kali ini cukup segar, nyaman dan penuh kenikmatan. Air Nanas Laici Sparkling yang sangat sesuai untuk dihidangkan semasa berbuka dan Hari Raya nanti. Kami dah cuba resipi Air Nanas Laici Sparkling tau. Memang sangat sedap!

Bahan-bahan:
2 1/2 sudu besar jus limau nipis
4 cawan isi nanas
2 cawan air laici
16-18 biji laici
10 helai daun pudina
6 cawan ketulan ais
1000ml Spritzer Sparkling Mineral Water
Hiasan: laici, limau nipis dan daun pudina

Cara membuat:
1. Hiris limau nipis dan perah airnya.
2. Buang empulur nenas dan potong kiub.
3. Masukkan nanas, sirap laici dan laici, daun pudina dan jus limau nipis ke dalam pengisar.
4. Kisar sehingga halus.
5. Letak ais ke dalam jag.
6. Tambah buah laici ke dalam jag.
7. Masukkan campuran buah-buahan kisar.
8. Tuangkan air mineral Spritzer Sparkling. Kacau rata.
9. Tuangkan ke dalam gelas.
10.Hias dengan potongan limau nipis dan daun pudina.

Untuk pelbagai lagi seleksi resipi menarik yang boleh dijadikan juadah berbuka atau persediaan raya, layari https://www.spritzer.com.my/spritzersparkling2023rayacampaign/ untuk segarkan hari anda.

—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: [email protected] or whatsapp +6010-4418825 (Qila)

Visit Us: http://www.icookasia.com
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/

Shop with us: https://icookasia.shop/

Checkout our services: https://icookasia.digital/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x