Mesti ramai yang rindu nak makan bersama keluarga atau kawan-kawan di luar kan? Jangan risau, Admin nak share satu resipi yang sangat sedap, dimakan pula dengan sambal penyet yang memang pedas berapi. Sangat sesuai untuk siapa yang suka makan sambal. Admin ikut terliur sekali ni.
Jom.
Terima kasih Mariana Zainal untuk perkongsian resipi Nasi Ayam Penyet ini 🙂
Bahan-Bahan:
Bahan (Untuk Sambal):
150 g cili merah siam (Lebih kurang segenggam setengah)
50 g cili padi hijau
3 biji cili merah besar
3 biji tomato (Dibelah empat)
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar (Dibelah 6)- boleh tambah
Sebesar ibu jari belacan (Perlukan dua)
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula merah cap bintang
Bahan perasa (Boleh letak aji 1 sudu kecil)
1/2 cawan air asam jawa pekat
1 cawan minyak masak untuk menggoreng
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, panaskan minyak untuk goreng semua bahan-bahan sehingga layu dan toskan.
- Kemudian, kisar kasar semua bahan.
- Panaskan minyak masak tadi dan masukkan bahan yang telah dikisar.
- Masak sekejap dalam 5 minit dan sesuaikan rasa. Dah boleh tutup api.
Bahan (Ayam Penyet):
1 ekor ayam (Dipotong 4 bahagian)
3 batang serai (Diketuk)
1 kiub pati ayam (hancurkan)
1 sudu kecil garam
Bahan-bahan B (Dikisar halus):
7 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
5 biji buah keras
2 inci lengkuas
1/2 cawan air
(Lumurkan pada ayam dan semua bahan perlu kisar. Kemudian perap ayam selama 1 jam)
Cara penyediaan:
- Selepas 2 jam, masukkan ayam dan semua bahan perap ke dalam periuk.
- Masukkan serai dan daun salam, kiub dan garam serta sedikit air. Boleh letak 1/2 cawan air. Buka api sederhana dan rebus sehingga masak dalam masa 15 minit-20 minit.
- Toskan ayam dan airnya jangan dibuang. Ianya perlu disimpan untuk buat kremesan rangup.
- Seterusnya, panaskan minyak dan pastikan ayam tenggelam dalam minyak. Apabila dah panas, gorengkan ayam. Bila dah siap boleh toskan.
Bahan (Untuk Sup):
2 liter air
2 kiub pati ayam
1 biji bawang besar (Dihiris)
3 ulas bawang putih (Dihiris)
Sedikit halia (Dihiris)
1 sudu kecil garam
5 biji cili padi (Dipotong bulat)
Daun sup (Dihiris)
1 senduk minyak masak
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Apabila dah layu masukkan air, pati ayam dan garam.
- Biarkan mendidih panas dan tutup api.
- Tabur daun sup dan cili potong.
Bahan (Untuk Kremes Rangup):
4 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 biji kuning telur
3 1/2 cawan air rebusan (Kalau tak cukup boleh tambah air)
(Bahan perasa tak perlu ye sebab air rebusan ayam tadi dah cukup rasa semua)\
Cara penyediaan:
- Satukan semua bahan dan kacau sebati. Adunan ni sangat cair dan jangan tambah apa-apa dah.
- Panaskan minyak dalam kuali, pastikan minyak banyak dengan menggunakan bekas gorengan ayam tadi.
- Bila minyak dah panas curahkan 1 senduk (senduk kuah ) adunan atau boleh juga renjis-renjis kanke dalam minyak. Tak perlu kacau sehingga adunan 3/4 garing baru di kacau supaya garingnya sekata. Bila dah sekata garing dan berwarna keperangan, bolehlah diangkat. Letak dalam penapis gorengan terlebih dahulu supaya minyaknya betul-betul ditoskan.
- Seterusnya teruskan menggoreng kremes hingga adunan habis.
Korang tak perlu susah hati jika ianya kelihatan lembut sewaktu diangkat kerana apabila semakin sejuk, kremes ini akan menjadi semakin garing dan rangup. Dah sejuk, boleh ramas dan taburkan di atas ayam goreng tadi setelah ayam dipenyetkan.
Bahan-bahan pelengkap menu:
Nasi putih
Terung bakar atau goreng
Tempe goreng
Tauhu goreng
Salad
Timun
Tomato
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Mariana Zainal(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos