fbpx

Resepi Nasi Goreng Cili Kering, Simple Tapi Sedap Dengan Kerangupan Ikan Bilis Tu!

iCookAsia

Mesti ramai suka makan nasi goreng kan? Mana tidaknya, pelbagai variasi nasi goreng ada sekarang ini. Tapi kalau anda nak tahu, ramai yang mencuba satu resepi ini iaitu Nasi Goreng Cili Kering. Dengar macam simple sahaja kan? Tapi rasa dia sangat sedap tau.

Jom kita try.

Terima kasih Akma Abdullah untuk perkongsian resipi Nasi Goreng Cili Kering ini 🙂

Bahan-bahan:

Nasi sejuk (gaul dengan garam siap-siap)

Cili kering (belah tengah dan buang biji)

Ikan bilis (bahagi dua, satu untuk goreng dan satu untuk tumbuk)

Bawang besar (hiris)

Bawang putih (hiris)

Belacan sikit

Telur

Garam

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, gorengkan ikan bilis dan gaulkan nasi sejuk dengan garam secukup rasa.
  2. Kemudian, tumbuk bahan-bahan seperti cili kering, ikan bilis, bawang putih dan bawang besar. Kalau anda nak guna manual chopper pun boleh.
  3. Letakkan sedikit belacan ke dalam bahan yang sudah ditumbuk.
  4. Seterusnya, tumiskan bahan-bahan kisar atau tumbuk tadi dengan api yang sederhana sahaja. Biarkan sehingga cili itu garing
  5. Masukkan telur.
  6. Masukkan nasi dan gaulkan.
  7. Masukkan ikan bilis.
  8. Gaul bagi rata dan  boleh tutup api. Siap untuk dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Akma Abdullah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x