fbpx

Resepi Nasi Kak Vogue Atau Dikenali Nasi Kak Wok, Mudah Dan Sedap Tau. Confirm Tak Cukup Makan Satu Pinggan Ni

iCookAsia

Sedap nya kalau dapat makan Nasi Kak Wok kan? Biasa makan di kedai je, apa kata kita cuba buat sendiri pula, mudah dan sedap pula tu rasanya. Dimakan pula dengan sambal belacan, memang padu rasanya.

Jom kita try

Terima kasih untuk Afy AL Habibi perkongsian resipi Nasi Kak Wok ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Gulai Ayam):

3 ketul ayam (dicincang kecil)

1 sudu makan rempah gulai kak wok Kelantan

1 cawan air

1/2 keping manisan Kelantan atau gula melaka

2 senduk santan

1 biji terung (potong dadu)

1/3 batang lobak merah (potong dadu)

3 tangkai kacang panjang (potong kecil)

Minyak masak untuk menumis

Garam, gula dan perasa secukupnya

Bahan B (Kisar):

1 biji bawang merah (saiz bola ping pong)

1 ulas bawang putih (kecil)

1 hiris nipis lengkuas

1 hiris (nipis) halia

1 hiris (nipis) serai

Secubit ketumbar dan jintan manis (tambahan)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak sedikit kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Seterusnya, masukkan 1 sudu makan rempah gulai kak wok. Gunakan api perlahan sahaja.
  3. Tuangkan pula 1/2 cawan air. Tutup dengan tudung periuk sehingga pes pecah minyak. Renehkan dengan api perlahan.
  4. Masukkan perasa peringkat pertama iaitu 1/2  keping kecil manisan Kelantan dan 1/2  sudu teh garam halus.
  5. Kemudian, masukkan isi ayam yang dicincang kecil. Tutup periuk dengan tudungnya.
  6. Biarkan semua bahan mesra dan sebati kira-kira 15 minit dan masak guna api perlahan.
  7. Kemudian, masukkan 2 senduk santan. Tambahkan juga 1/2 cawan air.
  8. Setelah gulai mendidih, masukkan perasa peringkat kedua seperti garam, gula dan perasa mengikut cita rasa masing-masing.
  9. Masukkan terung dan lobak merah yang dipotong dadu dan pendek. Biarkan gulai terus mendidih perlahan-lahan menggunakan api perlahan.
  10. Biarkan kuah gulai mereneh selama 5 minit kemudian masukkan potongan kacang panjang. Padamkan api. Kuah gulai yang beraroma dan sedap sedia untuk dinikmati.

Bahan C (Ayam Goreng):

3 ketul ayam dicincang kecil

1/2 sudu kecil garam

1 sudu kecil serbuk kunyit

Sedikit serbuk lada sulah

Sedikit secukup rasa

Cara membuat:

  1. Mula-mula, ayam dicincang kecil lalu dibersihkan. Toskan sehingga kering.
  2. Masukkan bahan-bahan perap di atas.
  3. Gaul sebati. Perapkan selama 20 minit untuk masa perapan paling minima.
  4. Goreng sehingga ayam kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
  5. Akhir sekali, hidangkan nasi bersama ayam goreng, gulai ayam Kak Vogue dan sambal.

Bahan D (Sambal Jantan/Sambal Killer):

1 genggam cili padi merah (dibuang tangkai)

1 inci belacan bakar

1 senduk kecil cuka

1 sudu besar garam

3 sudu besar gula

1/3 cawan air masak

(Nak gunakan cuka sepenuhnya pun boleh)

1 biji limau kasturi

Cara membuat:

  1. Mula-mula, satukan kesemua bahan dan kisar sehingga sedikit lumat.
  2. Pastikan garam dan gulanya biar berasa bagi mengelakkan sambal cepat berkulat.
  3. Hiris bulat kulit limau kasturi untuk menyedapkan lagi rasa sambal.

Tips: Sambal ini boleh dibuat lebih awal supaya rasanya lebih sedap.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Afy AL Habibi(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x