fbpx

Resepi Onde-Onde, Kuih Paling Dicari Dan Paling Mudah Nak Buat!

iCookAsia

Pergi bazar ramadan mesti tercari-cari kuih onde-onde ni kan? Mana taknya, dengan inti gula melaka dan tekstur yang lembut memang sedap nak kunyah. Ini sekali makan, memang tak sedar dah habis.

Jom try.

Terima kasih Makcik Ratu untuk perkongsian resipi Resepi Onde-Onde ini 🙂

Bahan- bahan:
Gula Melaka
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung beras atau tepung gandum
1 cawan air daun pandan
Sedikit garam

Cara membuat:

  1. Mula-mula, campurkan kesemua bahan.
  2. Kemudian, buat bulat dan masukkan gula nisan atau gula melaka.
  3. Rebuskan dalam air mendidih. Bila sudah terapung, angkat. Masukkan ke dalam kelapa parut.
  4. Akhir sekali, kelapa parut dikukus dulu dan gaul dengan sedikit garam. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Makcik Ratu(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x