fbpx

Resepi Pancake Gebu Gebas, Lembut Weh!

iCookAsia

Makan pancake waktu sarapan memang best. Disajikan pula dengan topping nutella, fuh lagi sedap. Nak letak topping kegemaran masing-masing pun boleh. Tekstur pancake ini memang gebu dan lembut sangat.

Jom try.

Terima kasih Siti Safuraa Hamzah untuk perkongsian resipi Resepi Pancake ini 🙂

Bahan- bahan:
4 biji telur
5-6 sudu besar tepung gandum (Mengikut kepekatan bancuhan)
Fresh milk (Ikut banyak mana tepung, tapi jangan terlalu lembik sebab nanti nak dicampur dengan putih telur)
1 sudu kecil baking powder
2-3 titik vanilla extract
Garam
Gula
Olive oil atau butter yang dicairkan (anggaran 3 sudu)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, asingkan putih telur dengan kuning telur. Pukul putih telur sehingga kembang . 
  2. Kemudian, dalam bekas lain campurkan bahan-bahan yang lain dan kacau sekata.
  3. Apabila semua bahan sebati, masukkan putih telur yang dipukul tadi, kacau dengan menggunakan sudu sampai nampak cantik adunan.
  4. Akhir sekali, masak guna api sederhana tanpa minyak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Safuraa Hamzah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x