Sekali- sekala kita tukar selera makan ikan percik bakar, kalau ada laman dekat rumah boleh membakar dengan arang ni, lagi sedap kan. Kalau takda pun, boleh bakar atas dapur je, takda masalah. Jom cuba.
Terima kasih Suhasnida Ismail untuk perkongsian resipi Percik Ikan ini 🙂
Bahan A: Perap Ayam/Ikan
8 ulas bawang putih
3 batang serai
1inchi halia
1 tbsp cili kering kisar
2 inchi kunyit hidup
sedikit serbuk perasa/aji/pasti sedap
1tbsp garam
1/2 tbsp jintan manis
secubit belacan (optional)
sedikit air untuk blend
Bahan B: Bahan Kuah
8 biji bawang merah size 50sen
2 ulas bawang putih
sehiris halia
1 tbsp ketumbar biji (sangai)
secubit belacan
3 tbsp cili kering
900ml santan pekat
2 hiris asam limau/asam keping
Bahan C: Bahan Perasa
2 tbsp garam bukit
2 tbsp gula pasir
2 tbsp gula kabung thai
1 tsp serbuk perasa/aji/pasti sedap
Cara Memasak:
1. Kisar bahan A dan lumur pada ikan. Perap selama sejam.
2. Jika guna ayam, lumur pada ayam dan rebus sekejap ayam di atas dapur dengan sedikit santan sehingga separuh masak.
3. Kisar bahan B dan masukkan dalam periuk.
4. Masukkan santan pekat dan bahan perasa. Masak sampai mendidih dan pekat.
5. Bakar ikan atau ayam sampai masak. Salut kuah percik pada ikan atau ayam dan bakar. Buat 4x salutan baru percik lagi bertambah sedap.
6. Kuah percik ni dapat untuk 5 ekor ikan, 1 ekor stgh ayà m size 2kg.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Suhasnida Ismail
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos