Mesti ramai pernah cuba resepi crab rangoon ini kan? Pernah viral di TikTok sebelum ini. Sangat sedap dengan inti yang penuh. Confirm puas hati. Kalau ada air fryer, pun boleh guna tau. Hanya menggunakan ingredients yang senang untuk didapati.
Jom try.
Terima kasih Malina Lina Pg untuk perkongsian resipi Resepi Crab Rangoon ini 🙂
Bahan- bahan:
10 jejari ketam (crab stick) (Dihiris)
1 pokok daun bawang (Dihiris)
1 ulas bawang putih (Dicincang atau secara dadu)
2 sudu besar mayonis
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar minyak bijan
5 keping cheese
Sedikit cukup rasa
Serbuk lada sulah
Kulit wantan secukupnya
Minyak untuk menggoreng
AirÂ
Cara membuat:
- Mula-mula, sediakan mangkuk, satukan crabstick, daun bawang, bawang putih, mayonis, kicap cair, minyak bijan, cukuprasa, dan slice cheese.Gaul rata.Inti crab rangoon siap.Ketepikan sebentar.
- Kemudian, ambil sekeping kulit wantan, boleh guna yang 4 segi. Letakkan inti di bahagian tengah, sapu sedikit air di bahagian tepi kulit wantan (air bertindak sebagai gam).
- Balut ikut kreativiti masing-masing.Ulang proses sehingga inti habis.
- Seterusnya, panaskan minyak, goreng menggunakan api sederhana.Angkat dan toskan.
- Akhir sekali, crab rangoon enak dimakan bersama sos cili/sos Thai.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Malina Lina Pg(YouTube)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity