fbpx

Resepi Pes/Perencah Bakar. Boleh Guna Untuk Ayam Bakar Madu, Ikan Bakar, Daging Dan Banyak Lagi.

iCookAsia

Memasak yang menggunakan teknik membakar ini menghasilkan rasa yang sangat sedap dan berjus. Apabila membakar, rasanya tidak hilang dan menjadi lebih sedap, kerana kebanyakkan resepi dan cara membuat adalah tanpa menggunakan minyak masak. Jadi sudah pasti lebih sihat juga kan?

Adakah anda mencari resepi Pes atau Perencah Bakar yang boleh digunakan pada semua bahan dan juga ianya tentu sedap? Jom Admin kongsikan resepi daripada seorang pengguna Facebook ini, yang digunakan perencah bakar pada Ayam. Maka terhasillah Ayam Bakar Madu. Terliur tak sekarang? Jom cuba!

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Perencah Bakar ini 🙂

Bahan-bahan:

Semangkuk cili kering * (wonderhot)

2 inci lengkuas*

5 batang serai*

1 inci halia* (tak boleh banyak, nanti pahit)

1 labu bawang putih*

2 biji bawang holland*

2 keping gula melaka

Segenggam lada hitam* (ditumbuk hancur, jika suka pedas)

1/2 cawan sos cili 

1/2 cawan sos tomato

3/4 cawan minyak untuk menumis

Garam, perasa (jika suka)

Ayam, garam, kunyit dan madu

Cara membuat:

  1. Blender semua bahan bertanda (*).
  2. Masak menggunakan minyak, biarkan  bahan kisar hingga betul-betul pecah minyak. Kemudian, masukkan sos, gula melaka dan garam.
  3. Biarkan sejuk seketika, simpan dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti ais di bawah. 
  4. Ayam lumur garam kunyit dan bakar. Agak-agak sudah separuh masak, sapu perencah bakar dan bakar ikan hingga masak. Sudah masak, renjis madu di atas.

Nota: Ayam boleh diperap semalaman dengan perencah ini sebelum dibakar.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x