Sebut je pasal cheese, macam-macam jenis cheese yang boleh jumpa. Bukan tu je tau, memang ramai sangat jual pisang cheese ni, mula lah kita terliur. Kadang-kadang, kita ni cuma nak ada something untuk buat makan petang bersama family tersayang kan, jadi ini adalah salah satu juadah yang sangat sesuai.
Tapi semenjak pkp ni, kita tidak dibenarkan keluar kecuali atas urusan tertentu. Kalau tak, mesti kita akan terus drive, selepas itu teruskan misi mencari makanan untuk dimakan bersama family. Mana tidaknya, tidak lengkap jika tidak ada makanan yang manis untuk santapan petang.
Tapi korang jangan risau, Admin nak share dengan korang satu resipi nak buat pisang cheese. Yang penting, senang sangat tau!
Terima kasih Nor Azlinda Linda untuk perkongsian resipi pisang cheese ini 🙂
Bahan-Bahan:
Pisang (Yang sudah digoreng dengan tepung, boleh guna apa-apa jenis pisang yang ada)
Keju Cheddar
Chocolate rice
2 sudu susu pekat
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, goreng pisang masak seperti biasa dan toskan. Masukkan ke dalam pinggan.
- Seterusnya, letak kuali atas dapur gas (Jangan hidupkan api dulu).
- Masukkan susu pekat 2 sudu dan parutkan keju cheddar sikit,
- Kemudian, hidupkan api, biarkan ia cair,kacau dan matikan api.
- Susun pisang atas pinggan, letak susu cheddar tadi atas pisang, parutkan keju cheddar dan taburkan chocolate rice.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nor Azlinda Linda(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos