Siapa sahaja tidak suka hidang popular untuk makan petang, iaitu Pisang Goreng. Senang nak dapat di gerai-gerai tepi jalan. Memang laku habis kalau dibuat jualan. Tetapi, memandangkan musim PKP ini, kita sendiri perlu menghadkan untuk keluar, dan mungkin ada peniaga yang tidak dapat berniaga. Jadi, disini Admin kongsikan resepi Pisang goreng yang sangat rangup buat anda cuba buat di rumah. Bahan pun senang je nak dapat kan. Rugi tak cuba!
Terima kasih Zainoor Aliza Ali untuk perkongsian resipi Pisang Goreng ini 🙂
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
2 sudu besar air kapur
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
Ais (20 kiub kecil)
Cara membuat:
- Bancuh kesemua bahan. Kemudian, masukkan ais kiub dan kacau perlahan-lahan sehingga ais cair keseluruhannya.
- Celupkan pisang. Kemudian goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos