Musim duduk rumah ni memang kena kreatif supaya tak bosan kan, lagi-lagi bila waktu makan. Anda boleh cuba resepi ini kalau takda selera. Kenyang pun kenyang juga.
Terima kasih Norashikin M. Nor untuk perkongsian resipi Pizza Roti ini 🙂
Bahan-bahan:
2 keping roti putih (dipotong kecil)
1 biji telur
Sayur pilihan
Sosej, dipotong nipis
Hirisan keju cheddar
Daun parsley utk hiasan
Cara memasak:
- Pecahkan dan pukul telur kemudian gaulkan bersama roti yang telah dipotong kecil tadi.
- Masukkan sayur campur jika suka dan sosej.
- Paipkan sos dan mayonis.
- Taburkan hirisan keju cheddar.
- Bakar di dalam AF pada suhu 180°C selama 10 minit atau sehingga pizza kuning garing keemasan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Norashikin M. Nor (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos