fbpx

Resepi Popia Carbonara. Senang Sahaja Dan Makan Satu Confirm Tak Cukup Ni!

iCookAsia

Resepi yang sedap dan mudah sahaja kalau anda teringin nak buat iaitu Popia Carbonara. Dengan inti yang padat dan rasa yang cukup, bertambah sedap jadinya. Bukan itu sahaja, lagi nikmat saat dimakan terasa kerangupan popia tersebut.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nurul Amiza perkongsian resipi Popia Carbonara ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

Kulit popia

Bahan B:

Kubis

Carrot

Bawang besar

Daging burger/ daging kisar

Sosej

Sos carbonara

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, tumiskan bawang terlebih dahulu.
  2. Kemudian, masukkan kesemua bahan B di atas.
  3. Masukkan garam secukup rasa. Pastikan jangan terlebih kerana sos carbonara sudah ada rasa.
  4. Apabila inti sudah siap, boleh mula membalut menggunakan kulit popia.
  5. Akhir sekali, dah boleh goreng dan hidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Amiza(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x