Memandangkan musim PKP ini ramai yang membuat kerja dan pekerjaan di rumah. Apabila membuat kerja di rumah, pasti terasa ingin makan atau mengunyah je kan? Nak beli, macam malas pula nak membeli di luar. Jangan risau, jom admin kongsikan cara buat ‘snack’ atau jajan yang sedap di rumah, iaitu Popia Susu.
Hanya memerlukan 3 bahan sahaja, bahan yang mudah didapatkan di mana-mana kedai runcit berdekatan. Tak perlu nak pergi jauh-jauh. Best kan? Okay, jom buat sekarang!
Terima kasih Mala Mansor untuk perkongsian resipi Popia Susu ini 🙂
Bahan-bahan:
Kulit popia saiz kecil
Susu tepung 1/2 gelas
Gula kastor 1/2 gelas
Cara membuat:
1. Gulung kulit popia. Lekatkan keliling kulit tu guna telur. Selepas itu, potong lah comel-comel.
2. Jemur seketika untuk bagi rangup. Jemur 5 minit pun boleh, supaya popia kering tak basah sebelum goreng.
3. Goreng dengan api kecil hingga kekuningan. Angkat dan biar sejuk.
4. Dalam bekas, campur susu dan gula kastor. Sukatan gula tu boleh dikurangkan ikut citarasa.
5. Gaul popia yang dah digoreng dalam campuran susu dan gula.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Mala Mansor (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos