Admin perasan dah jadi trend hidangan Buttercake ini. Bukan sebarangan buttercake biasa tau. Ianya dinamakan Premium Royal Thai Buttercake. Kena sangat lah dengan namanya. Nampak sangat Premium, potongan yang cantik dan tebal kek ni. Gebu gebas.
Jom cuba buat? Dah mahir nanti boleh lah cuba untuk buat jualan kan.
Terima kasih Ummu Yusuf untuk perkongsian resipi Premium Royal Thai Butter Cake ini 🙂
Sementara nak siapkan bahan-bahan kek, panaskan oven terlebih dahulu, suhu 160 selama 10 minit.
Bahan A:
200 gram tepung naik sendiri
1 tsp baking powder
*Campurkan tepung naik sendiri bersama baking powder
Bahan B:
80 gram susu full cream / fresh milk
1 tsp esen creamy vanilla
*Campurkan susu fresh milk bersama esen creamy vanilla
Bahan C:
Telur gred B, 4 biji
*pukul macam nak buat telur dadar, kemudian timbang untuk dapatkan 181 gram telur sahaja
Bahan D:
150 gram pure butter
70 gram gula halus
70 gram gula icing
12 gram ovalette (saya guna ovalette special)
Bahan E :
1 tsp pewarna lemon yellow
*Resepi ini menggunakan loyang saiz 7.
Cara membuat:
- Mix bahan D menggunakan kelajuan paling tinggi.
- Apabila bahan D sudah kembang dan berwarna putih, masukkan bahan C sedikit demi sedikit sampai habis dan mix menggunakan kelajuan paling tinggi.
- Kemudian, tukar guna pada kelajuan rendah dan masukkan bahan A. Berselang seli dengan bahan B (tepung-susu-tepung, mulakan dengan tepung, habiskan dengan tepung). Mix sekejap dengan kelajuan sederhana.
- Masukkan bahan E (optional), mix sekejap sehingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang 7 inci.
- Lorekkan adunan, guna lidi atau chopsticks, dan hentak loyang dua tiga kali untuk keluarkan bubbles dari adunan kek.
- Seterusnya sediakan tray atau loyang, kemudian lapik tisu, basahkan dengan air, kalau tak ada tisu boleh gunakan kain tuala.
- Letak loyang adunan kek atas tray yang dilapik tisu basah dan bakar kek pada suhu 160, selama 1 jam 15 minit atau ikut oven masing-masing. Letak pada rak bawah sekali.
- Apabila nampak kek sudah renggang sikit dari loyang, tandanya kek dah masak. Tak perlu cucuk kek dengan lidi sbb kita nak permukaan yang licin dan cantik. Nanti kalau cucuk berlubang pula kek.
- Apabila kek sudah masak, terus keluarkan dari loyang dan pindahkan ke atas papan kek.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ummu Yusuf (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos