Sedap dimakan sejuk-sejuk, puding ini juga boleh dimakan bila-bila yang korang nak. Admin first time dengar resipi ini, jom cuba.
Terima kasih Nana Ereena untuk perkongsian resipi Puding Biskut Kacang Hijau ini 🙂
Bahan-bahan Lapisan Biskut:
5g serbuk agar-agar
300ml air
1/4 cawan gula (nak manis tambah lagi)
1/2 tin (200ml) susu cair
5 keping biskut cracker
Cara memasak:
- Blend susu cair dengan biskut.
- Didihkan serbuk agar-agar dengan air dan gula.
- Masukkan susu cair dan biskut yang sudah diblend dan biarkan sehingga mendidih lagi.
- Tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan.
Bahan-bahan Lapisan Kacang Hijau:
5g serbuk agar-agar
300ml air
1/4 cawan gula (nak manis tambah lagi)
½ cawan kacang hijau
½ tin susu cair
Cara memasak:
- Rebuskan kacang hijau hingga lembut dan blend dengan susu cair.
- Didihkan agar-agar bersama air dan gula.
- Masukkan adunan kacang hijau dengan susu cair ke dalam agar-agar dan biar sehingga mendidih lagi.
- Cakar permukaan lapisan biskut dengan garfu dan tuangkan lapisan kacang hijau tadi. Sejukkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nana Ereena (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos