fbpx

Resepi Puding Jagung. Kalau Tak Ada Jagung Manis Tin, Guna Je 1 Tongkol Jagung Biasa.

iCookAsia

Admin rasa lama dah tak jumpa orang buat Puding Jagung ni. Kebiasaannya, kuih ini dihidang pada jamuan keramaian. Tapi dah musim PKP ni, mestilah tiada perjumpaan kan. 

Kalau anda pun rindu hidangan Puding Jagung ni, jom buat di rumah. Resepi mudah, guna jagung manis yang dalam tin tu sahaja. Tapi kalau tiada, boleh je guna Jagung yang biasa tu, sebanyak 1 tongkol. 

Terima kasih Khomisah Komtom untuk perkongsian resipi Puding Jagung ini 🙂

Bahan-bahan:

1 tin jagung manis cream/ 1 tongkol jagung

1 tin susu cair

2 cawan air

1 1/4 cawan tepung kastard

1 cawan gula

1 santan kotak (200 ml)

Sedikit garam

Sedikit pewarna kuning lemon.

Cara membuat:

  1. Masukan semua bahan diatas ke dalam periuk dan kacau. Masak dengan api yang sederhana.
  2. Apabila sudah pekat, tutup api dan masukan kedalam loyang.
  3. Sejukan dulu baru boleh potong.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Khomisah Komtom (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x