Sebut sahaja mengenai Puding Roti Marble, mesti ramai yang suka. Dengan perisa yang berbeza menambahkan lagi kelazatan resipi tersebut. Bukan itu sahaja tau, kalau buat semasa perayaan atau majlis hari lahir pun boleh juga. Jangan risau, boleh sahaja tambah apa-apa perisa untuk buatkan ia lagi sedap dan berbeza.
Terima kasih Noorul Izzah Marzuki untuk perkongsian resipi Puding Roti Marble ini 🙂
Bahan-Bahan:
4 keping roti
1 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10g serbuk agar-agar
1/2 cawan gula (boleh kurangkan)
2 sudu besar butter atau marjerin
3 1/2 cawan air
1-2 sudu kecil esen vanilla
Pewarna makanan (kalau warna coklat, boleh tambah serbuk koko atau guna emulco coklat je)
Emulco atau perisa makanan (optional)
Cara penyediaan:
- Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
- Blend kan roti, telur, susu pekat, susu cair, balance kan air tadi sebanyak 1/2 cawan dan esen vanilla. Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah didih tadi.
- Masukkan butter atau marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi dan matikan api.
- Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian (ikut citarasa warna). Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan lagi masukkan pewarna dan bancuhan perisa lain (emulco) kalau mahu ada perisa.
- Ambil sesenduk warna plain tadi dan tuang di tengah-tengah loyang. Kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna plain tadi. Biarkan puding bergerak sendiri ke tepi. Tak perlu ratakan atau kacau. Ulang smula adunan plain dan buat sehingga habis. Perlu melapis dengan cepat sebab adunan puding mudah sejuk dan membeku.
- Akhir sekali, simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya satu jam.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Noorul Izzah Marzuki(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos