fbpx

Resepi Roti Jala Aiskrim Paddle Pop, Makin Berselera Nak Makan

iCookAsia

Sebut je roti jala, mesti ramai yang suka makan. Mana tidaknya, kombinasi yang hebat dicicah dengan kari. Terliur Admin dibuatnya. Tapi kali ni, Admin nak share satu resipi roti jala tapi ianya sangat kreatif, makin berselera anak-anak nak makan ye.

Apa lagi, jom kita try.

Terima kasih Nor Al Fatihah untuk perkongsian resipi Roti Jala Aiskrim Paddlepop ini 🙂

Bahan-Bahan:

(Untuk Roti Jala)

3 cawan tepung gandum

1 sudu teh garam halus

1 biji telur gred B

3 sudu besar minyak masak

1/2 cawan susu cair atau santan

2 1/2 cawan air

Pewarna pink, biru, kuning dan oren

Manik warna (Optional)

Botol roti jala muncung 3

(Untuk Kuah Manis)

1 cawan santan pekat

1 cawan air

1 biji telur

1 keping gula melaka

2-3 sudu besar gula pasir

Secubit garam

1 sudu besar tepung beras

 Cara membuat:

  1. Untuk roti jala, satukan semua bahan-bahan di lam bekas adunan. Kacau sebati dan blend sehingga halus.
  2. Bahagikan kepada 4 bahagian dan campur pewarna setiap satu. Masukkan semua ke dalam botol roti Jala muncung 3.
  3. Seterusnya, jalakan adunan pink dulu di atas non- stick pan menggunakan api kecil. Apabila sudah kering dalam 30 saat, angkat dan tidak perlu diterbalikkan dan gulung. Cubit-cubit supaya ia menjadi ketulan-ketulan kecil.

Buat cara yg sama untuk warna kuning dan biru.

  1. Jalakan adunan oren pula sebagai kon aiskrim. Jalakan melintang panjang dulu, kemudian menegak.
  2. Bentangkan roti jala oren. Letak beberapa biji roti jala pink, biru dan kuning di atasnya. Balut dengan roti Jala oren tadi sehingga kemas.
  3. Tabur manik warna di atas aiskrim. Kalau tak nak letak pun boleh je. Ianya hanya untuk hiasan dan untuk cantikkannya lagi.
  4. Untuk kuah manis, satukan semua bahan-bahan di dalam periuk. Kacau dulu baru buka api. Masak dan kacau sentiasa di atas api sederhana sehingga kuah pekat.
  5. Kemudian, hidangkan roti Jala bersama kuah manis.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nor Al Fatihah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x