fbpx

Resepi Roti Jala Pandan Dimakan Dengan Kuah Durian. Simple Tapi Sangat Sedap!

iCookAsia

Mesti ramai yang suka makan Roti Jala kan? Hari ini Admin nak kongsikan satu resepi Roti Jala Pandan. Apatah lagi dimakan bersama Kuah Durian. Memang confirm sedap. Terasa lemak durian sewaktu makan. Kombinasi yang perfect untuk pencinta durian.

Jom kita try

Terima kasih untuk  Sanuja Nuja perkongsian resipi Roti Jala Pandan ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Untuk Roti Jala):

Air pandan

1 biji telur

1 sudu besar planta

1 sudu kecil garam

Pewarna hijau

Tepung gandum

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, blend kan kesemua bahan di atas.
  2. Kemudian, pastikan bancuhan tidak pekat dan tidak cair. Agak-agak sahaja.
  3. Akhir sekali, boleh mula menjala dengan menggunakan kuali non-stick. Boleh sahaja menggunakan kuali biasa tapi pastikan ia tidak melekat.
  4. Apabila sudah siap, boleh diangkat dan digulung.

Bahan B (Untuk Kuah Durian):

Sagu

Isi durian

Santan

Cara membuat:

  1. Mula-mula, rendamkan sagu.
  2. Kemudian, masukkan isi durian ke dalam pengisar dan kisarkan.
  3. Seterusnya, masak sagu hingga ia kelihatan jernih.
  4. Selepas itu, boleh masukkan gula, garam dan daun pandan. Boleh dihidangkan. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Sanuja Nuja(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x