Jika anda biasa ke kedai mamak, pasti anda betul familiar dengan Roti Naan. Tidak banyak tempat yang hidangkan Roti Naan selain di kedai mamak, betul tak? Jadi nak jumpa yang Orang Melayu buat sendiri betul susah.
Disini Admin kongsikan resepi Roti Naan daripada seorang pengguna Facebook yang betul betul gebu dan sedap. Nampak cantik sahaja hasilnya. Ditambah pula dengan hiasan bijian untuk tambah menarik. Lebih-lebih untuk tarik perhatian anak-anak di rumah untuk dimakan. Jom cuba!
Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Roti Naan ini 🙂
Bahan-bahan:
1/2 kg tepung gandum
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh softener / k fine
1/2 cawan air suam
2 cawan Air sejuk
2 sudu besar yis/ 1 bungkus
Cara membuat:
- Masukkan tepung gandum dalam bekas, bersama softener, garam, minyak. Kemudian, gaul sebati.
- Masukkan air suam dalam gelas, dan tambah susu, gula, yis. Pukul hingga kembang dan berbuih.
- Campur dalam tepung dan uli hingga jadi doh. Air ditambah sedikit demi sedikit. Apabila sudah agak boleh uli jadi doh, boleh berhenti tambahkan air.
*Air tiada sukatan tepat, sebab ikut kualiti tepung gandum yang kita guna.
- Perap selam 1/2 jam. Dah naik dua kali ganda, boleh tumbuk untuk buang angin. Ambil sedikit doh dan leperkan. Bulat bulatkan dan isi dalam loyang yang sudah dilenser dengan mentega dan tabur sedikit tepung gandum.
- Rehatkan doh dan biarkan doh naik dua kali ganda. Kemudian, sapu dengan kuning telur, susu, 1 titis pewarna hijau epal. Bakar suhu 160′ 20 minit.
- Angkat dan sapu dengan marjerin ketika roti masih panas.
Nota:
- Susu dan gula tu untuk aktifkan yis.
- Minyak untuk tekstur kulit yang lembut
- Shortening/cream super/ k fine/ softener untuk lembutkan doh.
Water Roux(softener):
3 sudu besar tepung gandum
1/2 cwn air
Caranya: Masak atas api hingga berhingus. Kemudian, sejukkan dulu sebelum guna.
*jika tak ada softener boleh guna water roux
**bijan tidak wajib, boleh letak untuk kelihatan menarik.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/