Pernah dengar tak mengenai roti sarang lebah? Bentuk dia bukan seperti sarang lebah tau, tapi ianya dikenali kerana roti disusun sebagai sarang lebah. Menarik kan. Ramai yang kata sedap sangat roti ni dan tercari-cari kat mana ada jual sebab nak beli. Memang terbukti la keenakan dan keunikan roti ni. Admin pun rasa nak makan je.
Tapi tak perlu risau dah. Jom Admin share cara nak buat.
Terima kasih Seha Tam untuk perkongsian resipi Roti Sarang Lebah ini 🙂
Bahan-Bahan:
Bahan A:
Air suam
1 paket yis kering
60 g gula
Bahan B:
580 g tepung high protein
2 sudu besar bread improver
1 sudu besar susu tepung
2 sudu kecil garam
1 biji telur
2 atau 3 sudu marjerin
Hiasan:
Kuning telur (Untuk sapuan atas roti)
Badam
Bijin hitam
Kuaci
Cara penyediaan:
- Satukan bahan A sehingga yis kembang.
- Satukan bahan B dan gaul. Nanti akan jadi seperti serbuk roti.
- Masukkan yis yang sudah kembang tadi ke dalam bahan B. Gula dalam yis memang tidak hancur ya, hanya masukkan saja.
- Kalau tidak cukup air boleh tambah dengan air biasa sahaja sehingga kelihatan doh.
- Seterusnya, uli dalam 5-10minit (jikalau lagi lama, lagi bagus).
- Kemudian, biarkan doh tertutup sampai doh kembang 2 kali ganda. Apabila sudah kembang tumbuk-tumbuk untuk membenarkan keluar angin.
- Seterusnya, boleh buat bulat-bulat kecil dan letak dalam loyang yang sudah digaris marjerin.
- Tutup biar doh kembang dan apabila sudah kembang boleh sapu kuning telur dan letak hiasan diatas.
*Bakar suhu 170 selama 20 minit atau sehingga kelihatan keperangan.
Resepi sos caramel
2 sudu besar butter
Setengah cawan gula perang
Setengah cawan whipping cream
Setengah cawan susu segar
1 sudu asen vanila
Cara penyediaan:
- Cairkan butter atas api.
- Masukkan gula perang dan apabila dah agak cair, masukkan whipping cream.
- Kacau-kacau, masuk asen vanila dan susu segar (nak letak lebih sikit pon boleh, ikut kepekatan atau kecairan)
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Seha Tam(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos