Menu Salted Egg Chicken ini bukanlah menu baru. Ianya sudah viral sejak tahun lepas lagi. Tidak susah nak buat. Hanya perlu bahan yang cukup untuk beri masakan jadi lebih sedap. Yang selebihnya, pastikan ianya kena dengan citarasa kita, baru kenyang perut makan.
Jika ada antara pembaca disini yang tidak pernah cuba buat hidangan salted egg ini, boleh ikut cara membuat daripada seorang pengguna Facebook ini. Tengok gambar pun dah kecur air liur. Jom cuba masak!
Terima kasih Amira Yusri untuk perkongsian resipi Salted Egg Chicken ini 🙂
Bahan-bahan:
Butter
Susu full cream
Bawang putih
Cili
Daun kari
Serbuk Salted egg
Serbuk tepung goreng ayam Seri Aji (pedas)
Cara memasak:
- Mula-mula, goreng ayam dahulu menggunakan serbuk tepung goreng ayam Seri Aji.
“Kalau saya suka guna seri aji punya sebab rangup and buat double coated memang sedap lagi daripada bestari”
Cara memasak kuah:
- Masukkan butter sehingga cair, selepas itu masukkan bawang putih dan cili sehingga naik bau.
- Kemudian, masukkan susu full cream dan kacau.
- Kemudian letakkan anggaran serbuk salted egg.
- Akhir sekali, masukkan daun kari, dan kacau. Setelah siap semua, tuangkan ke atas ayam yang telah siap digoreng.
Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Amira Yusri (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos