Best kan kalau dapat makan Sambal Jawa? Nak makan dengan nasi atau ratah macam tu pun boleh je. Masih sedap rasanya. Nak buat makan untuk moreh atau sahur pun boleh. Dapat mengenyangkan pula tu.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Zara Latif perkongsian resipi Sambal Jawa ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
Suhun (rendam air panas dulu sampai kembang. Toskan)
Tempe (Hiris nipis dan goreng. Ketepikan)
Bahan B (Tumis):
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sudu besar cili boh atau cili kisar
1 biji lada besar (Dihiris, kalau nak pedas boleh guna cili api)
Kacang panjang
Sedikit bahan perasa
Cara membuat:
- Mula-mula, tumiskan kesemua bahan B sekejap dan boleh diangkat.
- Kemudian, campurkan kesemua bahan di atas dan tambahkan sedikit kicap manis.
- Gaul hingga sebati.
- Pastikan cukup rasa manis dan ada sedikit rasa masin.
Nota tambahan:
Ada Sesetengah orang letak fucuk, tauhu kering dan ubi kentang. Untuk ubi kentang tersebut, hiris dan goreng kosong sahaja. Nak letak boleh, taknak letak pun tidak apa.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zara Latif(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity