Kalau makan nasi atau sup, memang tak lengkap kalau takde sambal kan. Bukan itu je tau, resipi yang Admin nak share kali ni memang sesuai untuk dicicah dengan apa sahaja. Jangan terkejut kalau ada orang yang betul-betul minat sambal ni, dicicahnya dengan keropok ikan Terengganu tu. Pun sedap tau. Admin lah tu salah seorang hehe.
Cara nak buat sambal ni pun senang sangat tau. Berapa minit je dah siap. Bagi sesiapa yang suka pedas, memang wajib cuba resipi ni. Jom Admin share.
Terima kasih Norfadzlin Norfadzlin untuk perkongsian resipi Sambal Kicap Johor ini 🙂
Bahan-Bahan:
Lada cili (Mengikut tahap kepedasan masing-masing)
Bawang putih 4/4 atau 5 ulas (Tengok banyak mana cili digunakan)
Kicap
Gula (Ikut nak manis macam mana)
Secubit garam
Cara memasak:
- Pertama sekali, tumbuk lada, bawang putih sehingga lumat.
- Seterusnya, masukkan kicap, gula dan garam. Gaul sebati.Bagi sesiapa yang tak tahan pedas, jangan risau la. Lada tu boleh digoreng dulu tau. Kalau nak sambal ni rasa masam-masam sikit, boleh perah limau ye tapi jangan terlalu banyak.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Norfadzlin Norfadzlin(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos